Allah berfirman :
ادْعُ إِلَىٰ سَبِيلِ رَبِّكَ بِالْحِكْمَةِ وَالْمَوْعِظَةِ الْحَسَنَةِ ۖ وَجَادِلْهُمْ بِالَّتِي هِيَ أَحْسَنُ ۚ إِنَّ رَبَّكَ هُوَ أَعْلَمُ بِمَنْ ضَلَّ عَنْ سَبِيلِهِ ۖ وَهُوَ أَعْلَمُ بِالْمُهْتَدِينَ – النحل : 125
“Serulah ke jalan Tuhanmu (Wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; Sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua Yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalannya, dan Dia lah jua Yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk.”
Hikmah itu lebih baik .ketegasan itu perlu,tapi biar kena tempatnya.nak tegur orang bermaksiat,pertama sekali jangan merasakan kita lebih bagus darinya.sebaliknya perlu merasakan bersyukur kerana Allah meletakkan kita tidak sepertinya.Dan serulah dia seolah2 kita benar2 menyayanginya dan ingin mengajaknya bersama2 masuk syurga.
Bila kita berdakwah cara melulu,tanpa memikirkan perasaan orang,belum berdakwah lagi orang tu dah benci dgn sikap kita.macam mana dakwah nak sampai ?akhlak menegur pun takde.nabi berdakwah dengan akhlak.kebanyakkan yg masuk islam adalah kerana akhlak beliau yg indah.
Dakwah perlu berperingkat.lihatlah bagaimana Allah memberi hukum mengenai Arak.terdapat 3 peringkat utk pengharaman arak.dalil yg pertama turun mengenainya masih belum mengharamkannya.begitu juga dalil yg kedua.tetapi dalil yg ketiga barulah Allah mengharamkannya.menunjukkan,betapa Allah memahami sifat manusia.sedangkan Allah berhak mengharamkannya tanpa bnyak peringkat.
Nak berdakwah,belajar dahulu hukum hakam Dan adab berdakwah..bukannya copy paste je.nanti habis sesat org dibuatnya.bila tak belajar adab,percayalah..perbuatan kita tak ubah seperti binatang.bila tengok org buat maksiat,kita kata..''ini haram!!!''
Cara itu kurang tepat.sebaiknya berkata begini ''jika kamu inginkan syurga,tinggalkan perbuatan ini,barulah Allah sayang..''
Cara itu kurang tepat.sebaiknya berkata begini ''jika kamu inginkan syurga,tinggalkan perbuatan ini,barulah Allah sayang..''
Jum dakwah

Bismillahhirahmannirrahim..
a wanderer's Blog
'Aqilah | 99's | Kedah
Pendosa Tanpa NOKTAH.

No comments:
Post a Comment