Thursday, 14 July 2016

homework



disebabkn cuti dah sampai ke penghujungnya,maka berpulun pulunlah menyelesaikn segala tugasan yg diberi,

dlm semua semua tugasan ni yg best bagi aku -buat sajak tentang diri sendiri- walaupon hakikatnya aku tak terer pon tp bolehlah setakat nak merapu sorang2

so hasilnya,

namaku 'Aqilah Hannan
aku anak kepada pasangan
Teh Hamidah dan Abu Hassan
aku tidak pandai berkiasan
jadi inilah hasil buah fikiran
buatmu yang ingin berkenalan

aku membesar dalam suasana perkampungan
ada tumbuh-tumbuhan dan juga haiwan
aku juga suka bergaul dengan jiran-jiran
kerana disitu terdapat kemanisan

hidupku punya tujuan
untuk mencari redha Tuhan
jadi inilah jalan pilihan
menghafal al-Quran   

dengan jasa baik tuan-tuan doakan lah sya dpt mencapai apa yg diimpikan
salam sayang dari aqilah hannan abu hassan

kpop

semalam
sambil menikmati tayangan drama melayu bersama haris

'weh sejak bila hg layan drama melayu ni haris'

'aku layan drama ni pon sbb heroin dia lawa  eleh hampa <aku,k.jat> pon sama
layan drama korea sbb hero dia hensem'

'ok diam'

ehh jap sejak bila aku layan korea? tak de paedah weh tak de paedah..

k-pop


dear kpopers

dlm musafir duniawi aku setakat ni,aku dpt perhatikn kebanyakan yg minat gila,taksub bagai ni kebanyakan pelajar pelajar sekolah agama,,itu pon sbb aku duk sekolah agama la kan,

tapi aku jarang la tengok kwn2 yg duk sekolah luar minat kpop,ada tu ada,tp tak tau la peratus nya berapa,nanti aku buat bancian ek

nak jadikn cerita la,sebenarnya apa yg membuatkn kita taksub sgt smpai letak gmbr dp gmbr kpop,dlm bilik pelekat poster artis kpop,ats meja belajar, dlm diari,dlm purse dlm bilik ayaq mungkin tepi mangkuk jamban pon ada,,tu pon hbs taksub la kot,haha

hensem? lawa? seksi? mengoda?
aushh cukup-cukupla,seksa mata, tmbhkn dosa and gelapkn hati,, ok kalau aku salah tolong betulkn,tu pon kalau nk menegakn benang yg basah la,

itu semua agenda yahudi



ya agenda yahudi,,semuanya teknologi setan yg nak merosakn anak2 adam,bila depa tengok kita sbgai remaja islam dah terjatuh dlm lembah kpop ni,apa depa buat?uihh gelak sakan la depa sbb berjaya perangkap kita,,suka ke?

kalau suka tu bwk mengucap la weh,aku bukan apa kesian tengok hat jenis minat teruk ni,sangup lakukan apa2 ja,tak payah tengok jauh ,aku tengok sekeliling aku pon  bnyk,,cinta kan ahli maksiat,emm apa bole buat,,setakat doa kempen2,

maka beringat ingatlah wahai sahabat
hidup ini hanya singkat
cukuplah dgn dosa yg kita buat
bertaubatlah sebelum ajal mendekat





Wednesday, 13 July 2016

sungguh perit menelan kebenaran
yang kau tak menganggap aku lagi kawan
tapi aku takkan mengalah kembalikan 
kau sebagai teman



Tuesday, 12 July 2016

dear jodoh



andai rindu menjengah ke dlm hati mu
hanya satu yg kau perlu
tadah tangan dan berdoalah agar kita bersatu

dan ingatlah pesanku
dahulukn cinta Tuhan yg satu
pasti cinta yg lain dtg kpdmu

usah kau terburu buru
kerna janjiNya tak penah palsu
asalkn kau ikhlas mencintai sesuatu

aku bukanlah sipujangga yg hebat berkarya
 semua ini ikhlas dri jiwa
buatmu si putera yg ikhlas bercinta

Friday, 8 July 2016

untuk kamu

menyelak halaman halaman kenangan dahulu

membuatkan aku rindu

kepada kamu yang pernah menyinari hidupku

hanya doa yang ku kirimkan untukmu

sahabatku

adakah kau juga sepertiku

menahan rindu dan menghitung detik untuk bertemu

walaupon jarak memisahkan antara kau dan aku

tapi bagiku

hati kita tetap bersatu

kucoretkan catatan ini ikhlas buatmu

salsabila ! ku syang kamu


16/6/2016-11 ramadhan
adakah kau juga merinduiku?

sapa kesah?

sapa kesah?
blog yg usang ini mna ad org penah ambik kesah,mungkin sbb tulisan dia langsung tak menarik
tambahan blog ni mcm kanak2 ribena je

sapa kesah kan?
ini kisah aku,kisah pemgembaraan aku balik ke kampung akhirat,sbb aku musafir duniawi,tiada istilah rehat  dan bersenang lenang di dunia ini,sbb aku nk rehat dan bersenang lenang di syurga bersma bidadari bidadari bermata jeli..

biar orang kata aku biasa-biasa saja.tapi aku nak  jd luar biasa disisi Dia

aku nak cinta Dia ,hanya Dia 
dan selamanya

sapa kesah?
aku mmg selekeh dipandangan manusia, tudung labuh kosong tak menarik, sehelai kain tutup muka yg kedut,baju besar tidak nmpk shape badan,kain hitam kdg2 jubah bandle dri kakak2,nmpk dhaif
mungkin org anggap aku seorg yg tak pandai jga penampilan,comot!

sapa kesah?
aku mcm tu sbb aku nk lindung diri aku,dri mata mata si jejaka, juga tiada fitnah akn timbul,andai jodoh itu ada,biar Allah yg mengatur semuanya,,aku redha dgn kehendakNya,kerna DIA lebih mengetahui ,biar manusia dgn mulut yg tak penah berhenti berkata,,biar ALLAH shja yg menilainya

sapa kesah?
kau tak thu apa aku rsa,aku cuba,ya aku cuba usaha 
usaha untuk tidak menjadi hamba kpd fesyen,hamba kpd dunia
sbb aku hanya mahu jadi hamba SiDIA

sapa kesah?
aku nak zuhud dgn dunia,aku nak letak dunia hnya di gengaman tgn,aku tak nak bwa msuk ke hati
sbb nanti parah jdinya,kau tahu penyakit wahn?cintakn dunia dan takutkn mati,penyakit tu la skrg melular dlm org islam..dan aku nak hindari penyakit tu 

sapa kesah?
aku tgh bina benteng hati,tp kdg2 aku rebah ke bumi juga,aku mencipta kelalaian aku sendiri,aku sedar,,dan setiap kali aku ingt,hatiku mula berlega legar dgn istigfar

sapa kesah?
aku juga ada keinginan dan kdg2 aku ikut juga keinginan itu,,tp tak lama sbb aku rsa tak tenang
sbb ketenangan itu akn aku dpt bila aku dekat dgn SiDIA aja..

sapa kesah?dgn apa yg aku kesahkn,semua sibuk dgn dunia,sibuk dlm mencari harta pangkat takhta,sibuk hingga lupa kpd yg memberi segalannya


aqilah solehah
8/7/16-3syawal



Sunday, 3 July 2016

takdir




Dengan Nama ALLAH yg Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

ku mulakan coretan ini dgn rasa syukur,syukur kpd si Dia ats kurnia dan rahmat nya jari yg telah lama lumpuh dlm dunia menulis ini kembali merengangkan otot untuk kembali menari- nari dgn pasangannya abg pena.

lumpuhnya jariku telah membawa aku kpd dunia meneroka sebaik baik ciptaan Allah yakni diriku,di fasa yg sukar dikendali,fasa yg mengalami berbagai bagai perubahan emosi,fasa yg tercari-cari identiti diri..ya! fasa yg aku alami skrg ini.

sudah ditakdirkn oleh Ilahi untuk aku memilih jalan ini,setelah sekian lama berada dlm keseronokan dunia..aku kembali mencari cinta Si Dia ,kembali menagih kasih dri Sang Pencipta,kembali mendekati Nya,dan aku mengharapkn ia berterusan hingga ajal mendekati,,,Ya Allah jgn lah Engkau palingkn hati kami setelah Engkau berikan hidayah kpd kami.

dari sebuah maahad di perkampungan beseri,aku ditakdirkan Allah untuk meneruskan jalan jihad ini ke maahad tahfiz yg dikagumi kala itu,dan kini aku meneruskan perjuangan ke sebuah negeri yg berbendera kuning,hitam,putih,,terasa sungguh singkat masa yg ku lalui,mungkin kematian juga semakin dihampiri..Ya Allah berikanlah kami pengakhiran yg baik..

segala-galanya dri Allah,,setiap perkara baru yg ku lalui ada hikmah dan rahsia Allah yg tersembunyi,hnya aku perlu berfikir apa hikmahnya dan ambil ibrah disebalik segala sesuatu,,mungkin bg aku baik sesuatu itu,tp sebenarnya buruk,dan sesuatu yg bg aku buruk,baik untuk aku,,sesungguhnya Allah lebih mengetahui segala sesuatu.

ayuh bangun dri keselesaan dunia ini,kerna keselesaan didunia ini hanyalah sementara dan sia2..yg kekal hanyalah diakhirat sana,hnya 2 pilihan,syurga tau neraka?buatlah pilihan yg bijak,anda mampu mengubahnya !